Sunday 15 January 2012

Bagaimana untuk mengenali Bahasa Tubuh mereka yang sedang menipu ?

Di sini saya cuba kongsikan serba sedikit hasil pemerhatian sendiri dan disokong dengan kajian psikologi bahasa tubuh berkaitan PENIPU. Walau bagaimanapun, harus diingat, bahasa tubuh turut dipengaruhi oleh pembolehubah yang lain seperti cuaca sejuk, sakit perut dll... Ini sekadar tips.. semoga membantu..


SESEORANG YANG SEDANG / TELAH MENIPU LAZIMNYA AKAN MELAKUKAN BEBERAPA AKSI BERIKUT..


Cover mulut / bibir dengan jari @ tangan

Lap bibir @ mulut

Buat isyarat “shh.. diam”

Batuk palsu (gatal tekak) (kononnya cover batuk yg keluar dari mulut)

Kerap telan air liur

Lap hidung

Garu hidung

Picit hidung guna 2 jari dan tarik

Ibu jari tenyeh hidung

Gosok sebelah mata tetapi pejamkan kedua-dua mata

Pandang ke arah lain

Wanita (gosok bawah mata) @ bahagian atas pipi

Tarik cuping telinga ke bawah

Gosok belakang telinga

Sebarang tindakan cuba cover lubang telinga

Gosok kawasan medula oblongata guna tangan lazim (tangan yang kerap digunakan)

Perbetulkan kolar baju

Gerak-gerakkan leher (goyang kepala kiri kanan)

Gigit kuku

Jari picit bibir / gigi

Mulut gigit sesuatu

Gigit bibir

Gulung bibir bawah ke dalam guna gigi

Pandang lurus ke kiri [guna MEMORI untuk cuba MENGINGAT KEMBALI]

Pandang lurus ke kanan [guna KAEDAH VISUAL untuk cuba reka cerita / menipu


diambil dari ustaz husba... :)

Saturday 14 January 2012

ANGRY BIRD!!!!

ANGRY BIRDS.

Apa yg best sngt game ni?

Cam simple je, game brkaitan burung² yang mrah kpada khinzir² brwarna hijau yg mncuri telur mreka.

sdar x kita..

jwpannya sbab..

Angry Birds..

dipenuhi dgan nilai² dan prinsip² sbuah grakan Dakwah Islamiyah.

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yg paling power pasal Angry Birds ni, sbb burung² yg marah tu smuanya sanggup brkorban mnyerahkan jiwa & tubuh mreka untk mncapai matlamat mreka iaitu mnghapuskan khinzir² hijau yg suka trsengih jika msih hidup di akhir prmainan.

mungkin yg merah, biru & hijau hanya sanggup mncederakan diri sndiri
tpi bgaimana dgan yg hitam dan putih? yg hitam sanggup mletupkan dirinya sediri! yg putih pula? sanggup mngorbankan anaknya!

itu bukanlah satu pngorbanan yg snang mnghantar anak yg msih dlm telur ke medan jihad! sgala²nya untk mncapai satu matlamat untuk mnjatuhkan tembok² jahiliyah yg kukuh, untk mnghapuskan khinzir² hijau itu selama²nya.. terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang² mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga.."
(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

dlm nak mruntuhkan tembok² jahiliyah yg bgitu kukuh, burung² yg marah itu tdak brtindak scara brseorangan malahan mreka tdak akan mmpu mruntuhkannya jika brtindak scara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tnaga mreka, brtindak scara brjemaah untk mruntuhkan tembok² jahiliyah itu.

3) Tanzim (organisasi)

yg trsusun tpi adakah diorang main langgar je sape yg serang dulu?
tdak! diorang sdar stiap burung mmpunyai kmampuan & smangat pngorbanan yg brbeza stiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yg berbeza. jdi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape lgi yg akan pergi.

knapa?

sbb Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bgaimana pula cara diorang susun sape yg prgi dulu & sape yg prgi kmudian? diorang susun dngan mnilai bgaimanakah cara yg paling muntij & cpat untk mruntuhkan tembok jahiliyah itu. maka stiap org yg mmpunyai isti'ab yg brbeza, berfokus kpda klbihannya yg reti potong kayu prgi srang kayu yg bleh hancurkan batu pgi hancurkan batu & mnjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza² bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam.

eh silap..

untuk mengalahkan khinzir² hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.

5) Taat

dan sebagai qiyadah perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung² marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama²nya khinzir² hijau itu akan gelak terkekeh² jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.

6) Ukhuwah

lastly kena faham bahawa ukhwah burung² yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang mereka sedih, marah, apabila saudara² mereka dicuri telurnya mereka merasai penderitaan saudara² mereka.

kerana sesungguhnya burung² yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara!

jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka.

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita.

sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong²memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah..

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.

semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds.

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang² lagi sampai sekarang..

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

I LOVE U

Berikut adalah senarai kata-kata merujuk kepada I LOVE U dari pelbagai bahasa dunia.

Icelandic – Eg elska tig
Ilonggo – Palangga ko ikaw
Indonesian – Saya cinta padamu
Inuit – Negligevapse
Irish – Taim i’ ngra leat
Italian – Ti amo
Japanese – Aishiteru or Anata ga daisuki desu
Kannada – Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan – Kaluguran daka
Kiswahili – Nakupenda
Konkani – Tu magel moga cho
Korean – Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida
Latin – Te amo
Latvian – Es tevi miilu
Lebanese – Bahibak
Lithuanian – Tave myliu
Luxembourgeois – Ech hun dech gaer
Macedonian – Te Sakam
Malay – Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam – Njan Ninne Premikunnu
Maltese – Inhobbok
Marathi – Me tula prem karto
Mohawk – Kanbhik
Moroccan – Ana moajaba bik
Nahuatl – Ni mits neki
Navaho – Ayor anosh’ni
Ndebele – Niyakutanda
Norwegian (Bokmaal) – Jeg elsker deg
Norwegian (Nyonrsk) – Eg elskar deg
Pandacan – Syota na kita!!
Pangasinan – Inaru Taka
Papiamento – Mi ta stimabo
Persian – Doo-set daaram
Pig Latin – Iay ovlay ouyay
Polish – Kocham CiÄ™
Portuguese – Eu te amo
Romanian – Te iubesc
Russian – Ya tebya liubliu
Scot Gaelic – Tha gra\dh agam ort
Serbian – Volim te
Setswana – Ke a go rata
Sign Language – ,\,,/ (represents position of fingers when signing ‘I Love You’)
Sindhi – Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux – Techihhila
Slovak – Lu`bim ta
Slovenian – Ljubim te
Spanish – Te quiero / Te amo
Swahili – Ninapenda wewe
Swedish – Jag alskar dig
Swiss-German – Ich lieb Di
Surinam – Mi lobi joe
Tagalog – Mahal kita
Taiwanese – Wa ga ei li
Tahitian – Ua Here Vau Ia Oe
Tamil – Nan unnai kathalikaraen
Telugu – Nenu ninnu premistunnanu
Thai (to female) – Phom rak khun
Thai (to male) - Chan rak khun
Thai Informal – Rak te
Tunisian – Ha eh bak
Turkish – Seni Seviyorum
Ukrainian – Ya tebe kahayu
Urdu – mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese (to female) – Anh ye^u em
Vietnamese (to male) – Em ye^u anh
Welsh – ‘Rwy’n dy garu di
Yiddish – Ikh hob dikh
Yoruba – Mo ni fe
Zazi – Ezhele hezdege
Zuni – Tom ho’ ichema

Ai shi teru

Ai shi teru ialah perkataan Jepun yang bermaksud, "Aku cinta padamu...". Dalam bahasa Inggeris ia disebut, "I love you", dalam bahasa Arab, "Uhibbuka" (untuk lelaki) dan "Uhibbuki" (untuk wanita), manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut, "Wo ai ni". Dan Perancis pula disebut, "Je t'aime". Walaupun perkataan ini berlainan sebutannya, tetapi hakikatnya ia tetap mempunyai satu maksud iaitu aku cinta padamu. Persoalannya cinta kepada siapa?

Perkataan 'Cinta' adalah perkataan yang begitu popular di mana sahaja kita berada, kerana ia bukan perkataan yang terkandung dalam kamus moden tetapi telah lama wujud sejak dijadikannya Adam dan Hawa. Begitupun cinta dalam makna yang sebenar bukanlah nafsu, tetapi kepercayaan. Orang yang percaya kepada sesuatu perkara dengan tindakan dan bukti tanpa memerlukan apa-apa syarat, itulah cinta. Oleh itu , apabila kita menyatakan cinta kita kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan tanda-tandanya.

Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut dalam kitabnya, 'Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatil Mushtaqin' bahawa beberapa tanda jatuh cinta yang dialami oleh kebanyakan manusia adalah;

"Banyak mengingati orang yang dicintai, membicarakan tentangnya dan sentiasa menyebut namanya..."

"Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang dicintai dan mendahulukan segala keperluannya..."

"Memerhati kata-kata orang yang dicintai dan mendengarkannya..."

"Mencintai segala perkara yang dicintai oleh sang kekasih..."

Tuesday 27 December 2011

Kisah Kehidupan Ku...

Dimulakan dengan Bismillah dan Assalammualaikum....

kehidupan aq ni dari kecik smpi sekarang x la sepecial sangat....
biase2 aje...
tp sebenarnya kalau korang nk tau...zaman kanak2 aq adalah zaman yang amat pahit...x tahu la sama ada Allah menguji aq ataupun memang da takdir aq terima semua ni...
zaman kanak2 aq x seindah korang..banyak kenangan manis2..tp aq lain...
mase aq kecik2 dulu orang semua pandang rendah kat aq sbb aq ni x pandai, x cantik, x sesempurna orang lain yang berada di sekeliling aq, tp aq buat don know je..dulu aq selalu @ pernah
-dibaling dengan batu (benjol beso kat dahi aq hah!)..
-dipanggil bodoh n dimaki hamun..
-selalu dipulaukn..
-bernah dipaling dengan ais batu (benjol lagi!)..
-pernah ditolak smpi lutut aq tercedera..
-mase aq jalan kaki aq pernah ditampar sampai luka dalam mulut dengan nenek tua mana tah sbb aq
  terlanggar cucu "KESAYANGAN" dy...(bergesel badan nye pon, cucu dy x luke pon! bodo, otak dy da
  kecot kot!..)
-kene ludah..
-difitnah..
-dipukul dgn kayu

pada tahun 2005 aq menduduki  Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan kebutusan diumumkan..
allah dulillah aq berjaya medapat 2A 2B 1C... walau pun dari darjah 1-6 aq hanya duduk di kelas belakang sahaja!
tetapi sorang kawan aq dari kelas atas berkata pd aq "aq tahu, ko mesti x de A kn..ko kan "BODOH"!
aq dapat 2A 1B 2C.. terer kn??.."
erkk! please la!!
perkara ni berlanjutan sehingga aq form 1(2006)

itu antara perkara2 yg pernah kawan2 aq lakukan pada aq..
tp satu perkara telaah mengubah kehidupan aq...
ayah n ibu aq mengambil keputusan untuk berpindah ke negeri lain (rahsia) sbb nk jaga aruan atok aq..malangnya x smpt..namun kami sekeluarga  mengambil keputusan untuk berpindah juga..

mase aq form 2 aq
 keidupan aq mula berubah sedikit..
mase aq form 2 aq diletakkan dalam kelas pertama bagi kos aq..alhamdulillah
aq telah menjumpai kawan baik aq s,s n ka..
namun kebahagiaan ni x lame pon..
aq dan s terpaksa turn kelas sbb nk stabilkn pelajar lelaki n permpuan dlm kelas tersebut..
n akhirnya s bertukar sekolah n tinggal la aq sorang dlm klas 2..
namun ade hikmah nye..

form 3 aq telah berazam n mengubah hidup aq sendiri.
walaupun aq skrg duduk dalam klas no 2 dalam kos aq..mereka semua baik2 belaka..
malahah kawan aq bertambah banyak walaupun mereka x pandai mcm kwn2 aq dulu..aq n i jenis kwn je dgn sesapa..
janji jgn buat aq berubah suda...


mase aq form 4 aq jadi pengawas n dapat lagi ramai kwn baik tambahan bula salah sorang kwn baik aq 2 minat jepun gila2 cam aq..
hehe...tp dlm klaz aq ramai yg x suka aq..mungikn aq ini tegas sgt kot (sbb ayah n ibu aq dah didik aq dgn berdisiplin n tambahan pulak ayah n ibu aq cikgu disiplin adehhh...)
sori aq bkn nk tunjuk belagak ke hapa..
just klu aq x tegas t ckg pengawas marah kiteorang.. =p
n 1 perkara terjadi aq difitnah oleh seorang pelajar form 3 sbb ckp dy menghidap HIV+..
setelah di siasat akhirnya aq x bersalah..n budak 2 pon x reti nk mintak maaf kat aq..
x pe la...aq kn pemurah..

form5 STUDY KUAT2!
keputusan aq amat memeranjatkan...alhamdulillah....
x sangka aq boleh dapat keputuan sebaik ni....
 bila ditanya kepada budak2 yg belagak pandai dengan aq mereka x menjawab..
sehinga la aq dapat tahu sendiri..
ok aq paham...

so pengajaran kat sini jgn belagak pandai n sombong kerana itu akan memalukan diri sendiri...
n kita terima sahaja apa yang allah beri n uji  pada kita...

aq mula mengubah hidup aq mase aq form 3..
mase 2 aq set dalam kepala otak aq yang selalu orang panggil BANGANG ni
"k..mulai sekarang aq x kn bagi sesiapa pandang rendah pada diri aq ni lg..buat yang terbaik..ko boleh!'
aq mula menjadi kuat! n x kenal lg perkataan "dibuli"

hasilnya kehidupan aq dari from5 hingga lah aq sem2 kat poli..amat bahagia sbb dpat kwn2 yg baik2 belaka!..
terima khasih ALLAH.......<3

Wednesday 14 December 2011

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda


... Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum…
Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.
Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..
Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.



Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.
Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.